Wednesday, October 13, 2010

Ilmu Teknologi Pendidikan

Teknologi Pendidikan dianggap sebagai satu medium pendidikan yang efektif, tetapi menjadi tidak bermafaat jika pendidik atau guru tidak mahir menggunakan teknologi dalam menyampaikan pendidikan kepada masyarakat. kemajuan teknologi dalam pendidikan hanya akan berkesan bila pendidik itu betul-betul mahir.Implementasi teknologi di bidang pendidikan perlu diintegrasikan ke dalam perencanaan (master plan) terhadap semua aspek pengembangan pendidikan secara seimbang (bukan secara perancangan). Sering kali kenyataan yang muncul di media mengenai teknologi di arena pendidikan kelihatan kurang diadaptasi dan kemahiran penggunaan dikalangan guru di dunia pendidikan kurang memuaskan.

terdapat kenyataan yang dikeluarkan oleh setengah pihak bahawa kekurangan tenaga yang mahir di Malaysia untuk menggunakan teknologi dalam pendidikan merupakan salah satu sebab mengapa penggunaan teknogi dalam pendidikan di malaysia kurang memuaskan. malahan ada juga yang mengatakan kekurangan sumber kewangan negara untuk menggunakan teknologi dalam pendidikan. tetapi bagi saya semua masalah ini boleh diatasi dengan memberi latihan kepada guru-guru yang sedia ada tentang teknologi dalam pendidikan. manakala, kepada bakal menjadi guru pula perlulah diajar tentang teknologi dalam pendidikan semasa menjalankan latihan sebelum menjadi guru. masalah kewangan juga boleh diatasi jika setiap bajet negara untuk pendidikan ditambah dan bajet negara terhadap benda lain dikurangkan. hal ini kerana saya melihat pada kemajuan negara jepun bermula dari pendidikan yang mana mengembangkan sektor lain seperti industeri, perdagangan dan teknologi. kejayaan ini bermula setelah pemerintah meiji jepun menjalankan pendidikan sebagai asas utama kepada pembagunan negara. keseluruhannya saya melihat sistem pendidikan malaysia perlulah mengubah gaya pendidikan negara dari ketinggalan jauh dari negara maju dari segi penggunaan teknologi dalam pendidikan.

E-Pendidikan (E-Education) - Teknologi Pendidikan, Pendidikan dan Teknologi

E-Pendidikan (E-Education) bermaksud informasi yang berhubungan dengan menggunakan teknologi untuk membantu pendidik, pelajar dan masyarakat.

Komputer dan Internet sudah diterima sebagai alat yang penting untuk komunikasi dan perhubungan diperingkat global, sehingga sekarang menjadi hal yang penting pula untuk pendidikan Mlaysia. Tujuan-tujuan utama homepage ini adalah:

Memberikan kesempatan kepada sekolah dan universiti yang menggunakan Internet untuk memberikan sumbangan dan menggunakan pengetahuan dari pihak lain (sharing).

Memberikan informasi mengenai pengembangan teknologi belajar secara lokal dan global.

Membagi informasi kepada banyak sekolah-sekolah yang jauh dari bandar mahupun pusat pendidikan.